fbpx

Keluarga suspek jalani kehidupan normal, cuma kurang berkomuniti – Ketua Kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Balai Polis Ulu Tiram.

JOHOR BAHRU – Ahli keluarga kepada suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram awal pagi Jumaat lalu menjalani kehidupan normal seperti individu lain.

Bagaimanapun, Ketua Kampung Sungai Tiram, Muhamad Mohamed Som, 66, memberitahu, keluarga berkenan kurang bergaul dengan masyarakat setempat.

Katanya, walaupun berasal dari kawasan itu dan telah menjadi Ketua Kampung sejak lebih setahun lalu, beliau sendiri kurang mengenali keluarga berkenaan.

“Mereka tinggal di kawasan tanah persendirian. Terdapat kira-kira 10 buah rumah di kawasan berkenaan dan dipercayai dihuni ahli keluarga dan saudara mara mereka sendiri.

“Ada juga saya sampaikan bantuan sumbang makanan dan sebagainya, tetapi hanya melibatkan rumah di kawasan hadapan kediaman persendirian berkenaan, saya sendiri tidak pernah masuk sehingga dalam.

“Tetapi setahu saya, ada antara ahli keluarga mereka yang bersekolah dan bekerja seperti orang lain, cuma mungkin mereka lebih gemar menyendiri dan kurang bergaul dalam komuniti,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Tambah Muhamad, dianggarkan seramai 7,000 penduduk menghuni kampung berkenaan.

“Mereka memang telah lama menetap di sini, sejak saya masih kecil lagi keluarga mereka juga sudah menetap di sini,” ujarnya.

Semalam, jenazah suspek lelaki yang berusia 21 tahun itu selamat dikebumikan di Pusara Islam Kampung Sungai Tiram, di sini selepas terbunuh dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Jumaat lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI