fbpx

‘Cetek pemikiran fikir berniaga tepi jalan jatuh standard’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faye kurang bersetuju apabila ada sebilangan peminat memperlekehkan kerja berniaga tepi jalan.

PETALING JAYA – “Berniaga tepi jalan tidak ‘standard’? Cetek sangat pemikiran itu.”

Demikian luahan pelakon, Faye Kusairi apabila dilemparkan stigma sebegitu oleh segelintir individu terhadapnya yang menganggap berniaga di gerai tepi jalan adalah perkara yang tidak membanggakan.

Realitinya, menurut Faye, berniaga di tepi jalan banyak mengajarnya tentang masyarakat setempat dan mengenali ramai individu berhati mulia.

“Saya dapat mengenali masyarakat sejak saya berniaga begini dan percayalah, ramai betul orang yang baik dan sentiasa bersedekah serta menginfaq hampir setiap minggu.

“Ini semuanya saya anggap rezeki yang meluas apabila berniaga di sini. Banyak perkara yang saya pelajari, kenali dan alami.

“Hampir kesemuanya mendorong ke arah lebih positif walaupun ada yang memandang rendah tetapi hakikatnya banyak hal yang baik,” katanya dalam Instagram.

Bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT itu, Faye berkata, dia kini memilih untuk kekal positif dan mahu berusaha menjadi individu lebih baik.

“Apa apapun, saya terima (kecaman) dengan ikhlas dan reda. Hanya Allah SWT tentukan perjalanan saya dan akan sentiasa berusaha lebih baik.

“Jadi, tolong doakan saya semoga saya diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dan diperluaskan lagi rezeki agar perniagaan ini mampu berkembang,” ujarnya.

Terdahulu, Faye mencuri perhatian ramai apabila bergelar peniaga nasi ayam walaupun hanya membuka sebuah gerai di pinggir jalan di Bukit Antarabangsa, Ampang pada Disember tahun lalu.

Katanya, niat untuk membuka gerai menjual nasi ayam telah lama diimpikan iaitu sejak hamil anak ketiganya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI