fbpx

Beruang berehat tengah jalan punca trafik ‘melekat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beruang tersebut berlegar-legar di tengah jalan di California. – UPI/Dan Kanes

SANTA CLARITA, CALIFORNIA – Aliran trafik di sebuah lebuh raya California terhenti apabila seekor beruang berlegar-legar di tengah jalan sebelum ia berhenti seketika untuk menikmati pemandangan, lapor agensi berita United Press International semalam.

Saksi yang berada di lokasi kejadian merakam video menunjukkan beruang itu berkeliaran di Lebuhraya 14 berhampiran Newhall Avenue, bandar Santa Clarita pada pukul 7 malam (waktu tempatan), Selasa lalu.

Video itu menunjukkan beruang tersebut bergerak ke tengah jalan raya sebelum menghentikan lalu lintas ketika ia melihat sekeliling untuk beberapa saat.

Haiwan itu kemudian kembali ke kawasan bukit.

“Pemandu kenderaan menunjukkan belas kasihan dan kesabaran untuk menunggu beruang itu beredar,” ujar seorang saksi, Dan Kanes kepada saluran berita KTLA-TV. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN