fbpx

PM lawat Kompleks Hazrati Imam, lihat al-Quran Saidina Uthman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika mengadakan lawatan ke Kompleks Hazrati Imam, Tashkent, Uzbekistan hari ini.

 

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, lawatan hari kedua beliau ke bumi Uzbekistan hari ini adalah mengunjungi Kompleks Hazrati Imam yang juga pusat keagamaan Islam di bandar Tashkent.

Anwar berkata, beliau dan deligasi Malaysia dibawa ke sebuah perpustakaan seliaan Lembaga Muslim Uzbekistan di dalam kompleks berkenaan oleh Timbalan Mufti 1 Uzbekistan, Sahibus Samahah Hamid Bahrom.

Lebih menarik kata Perdana Menteri, beliau berpeluang melihat sendiri naskhah al-Quran yang dihasilkan atas perintah Khalifah Saidina Uthman bin Affan antara tahun 644 hingga 646.

“Imam Hamid memaklumkan ini adalah satu-satunya daripada enam al-Quran yang masih kekal.

“Imam Hamid turut maklumkan bahawa inilah juga al-Quran yang dibaca Saidina Uthman tatkala beliau dibunuh.

“Bahkan masih ada kesan titisan darah Saidina Uthman di halaman surah Al-Baqarah di dalam al-Quran ini,”katanya di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Kerajaan Uzbekistan ketika ini sedang membangunkan Pusat Ketamadunan Islam.

Ujar beliau, apabila siap, al-Quran itu dan kandungan lain dalam perpustakaan akan dipindahkan ke sana.

“Saya kagum dengan kesungguhan Kerajaan Uzbekistan dan penduduknya memelihara artifak-artifak sejarah yang begitu penting bagi dunia Islam.

“Saya kemudian terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent untuk ke Samarkand sambil diiringi Perdana Menteri Uzbekistan, Abdulla Nigmatovich Aripov. Saya ucapkan terima kasih atas layanan baik di Tashkent sebelum berlepas,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI