fbpx

[VIDEO] Duit sedikit, gagal keluar Akaun Fleksibel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pencarum kecewa tidak dapat membuat pengeluaran wang KWSP.

PETALING JAYA – Sebahagian pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kecewa apabila tidak layak mengeluarkan wang kerana baki dalam Akaun Fleksibel kurang dari jumlah pengeluaran minima RM50.

Menerusi perkongsian video TikTok @qxrnain, pencarum kecewa kerana tidak layak bagi pengeluaran KWSP tersebut dan tidak membuat pemindahan wang dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel.

Video itu menunjukkan terdapat dua lelaki yang kecewa kerana tidak dapat membuat pengeluaran KWSP kerana tidak membuat pemindahan wang terlebih dahulu.

Rata-rata warga TikTok memberitahu kejadian itu berlaku disebabkan baki tidak mencukupi dan tidak membuat permohonan pemindahan wang ke akaun 3 yang mengakibatkan pencarum tidak layak.

“Memang tak layak kalau akaun 3 kurang, kena buat pemindahan dulu,” komen nightraid309.

“Kena buat pemindahan wang terlebih dahulu. Dari akaun 2 ke akaun 3. Selepas tempoh 3 hari bekerja baru boleh buat pengeluaran,” komen dedeeeeel__.

“Kena pindahkan dahulu akaun 2 ke akaun 3 baru layak, kalau terus tekan pengeluaran memang tak layak,” komen @mohdrazifjanan.

@qxrnain kesian nya 😔 #foryoupage #fyp #kwsp ♬ original sound – pia ◡̈

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI