fbpx

7,000 PIBG sekolah rendah perlu tubuh koperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Fatah bersama guru dan ibu bapa pada majlis di Sekolah Kebangsaan Taman Alam Megah, Seksyen 28, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Lebih 7,000 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di peringkat sekolah rendah seluruh negara disaran menubuhkan koperasi demi manfaat pelajar.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, setakat ini hanya terdapat 22 sekolah rendah menubuhkan koperasi seumpama itu.

Tegasnya, koperasi tersebut mampu membantu PIBG dan alumni menambah pendapatan dalam mempelbagaikan aktiviti kepada murid sekolah.

“Keahlian itu bagaimanapun tidak melibatkan murid berusia bawah 13 tahun seperti yang tertakluk dalam akta ditetapkan.

“Angkasa sedia membantu penubuhan Koperasi PIBG dan alumni itu yang mampu memberi manfaat kepada lebih dua juta pelajar sekolah,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-29 Sekolah Kebangsaan Taman Alam Megah, Seksyen 28 di sini, hari ini.

Abdul Fattah yang juga Presiden Kesatuan Koperasi ASEAN (ACO) memaklumkan, gerakan koperasi ketika ini menumpukan kepada penubuhannya di peringkat menengah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN