fbpx

[VIDEO] Money sambut hari jadi di LV, baju rekaan butik Rizalman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haliza bergambar bersama Money ketika menyambut hari jadi kucing peliharaannya itu di butik Louis Vuitton, The Gardens Mall, semalam.

PETALING JAYA – Money, kucing peliharaan milik usahawan tudung, Haliza Maysuri, kembali menjadi perhatian netizen setelah menerima sebuah beg dan juga kolar berjenama Louis Vuitton (LV) bernilai lebih RM17,400 sebagai hadiah hari jadi.

Menurut hantaran Haliza di laman TikTok, hadiah untuk kucing kesyangannya itu ditempah khas oleh suaminya dan bakal diterbangkan ke Malaysia terus dari Paris.

Lebih menarik, Money juga telah menggayakan busana bertatahkan kristal Swarovski rekaan Datuk Rizalman Ibrahim pada sambutan hari jadinya yang diadakan di butik LV, The Gardens Mall.

“Alhamdulillah, anak papa sudah berusia tujuh tahun. Selamat ulang tahun Money. Mama dan papa doakan agar Money panjang umur, sentiasa sihat dan cerdik,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada kucing kesayangan usahawan wanita tersebut.

“Selamat hari jadi Money. Lepas ini saya juga perlu kumpul duit untuk sambut hari jadi dua ekor kucing saya, Tamtam dan Youyeng,” kata Zul.

“Happy birthday Money sayang. Cantiknya baju kembang-kembang,” kata Rosma.

“Saya doakan moga murah rezeki puan. Puan selalu santuni kucing jalanan dan menyayangi kucing sendiri sepenuh hati. Bertuah Money sangat disayangi keluarga,” kata Aisyah.

Difahamkan, sebelum ini, Money pernah menerima hadiah berbentuk rantai emas bernilai RM25,850 yang diukir khas dengan tarikh kelahirannya iaitu pada 9 Mei 2017.

Tahun lalu, Money juga telah menerima sebuah kereta mewah BMW sebagai hadiah daripada Haliza dan suami. – KOSMO! ONLINE

@halizamaysuri Papa tempah khas hadiah hari jadi untuk Money, sampai dari Paris nanti Money buat unboxing 😻 @Louis Vuitton ♬ takkan hilang budi doremi – Bomaxxx

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI