fbpx

8,347kg minyak masak peket diseleweng dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Matthew memeriksa minyak masak peket yang diserahkan kepada KPDN Kuching hasil daripada tangkapan yang dibuat oleh PGA Batu Kawa.

KUCHING – Kegiatan sindiket penyelewengan minyak masak peket di bandar raya ini terbongkar apabila dua lelaki membawa lori muatan 8,347 kilogram (kg) barangan bersubsidi itu ditahan di Kampung Raso 2, Lundu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata, tangkapan dilakukan Batalion 11, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa pagi semalam.

“Rampasan melibatkan 8,347kg minyak masak peket bernilai RM20,867.50 dan dua buah lori. Nilai keseluruhan rampasan itu adalah RM75,867.50,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 20(1), Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak mendapat kebenaran Pengawal Bekalan.

Matthew berkata, siasatan lanjut akan dibuat bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti trsebut selain sumber minyak masak peket itu diperoleh dan edaran oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tambahnya, setakat 9 Mei lalu, sebanyak 30,547 pemeriksaan dijalankan dan 345 kes dibuka melibatkan sitaan bernilai RM13,843,566.40. Nilai kompaun pula adalah sebanyak RM61,900, dengan 90 kes dibuka di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI