PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga pukul 9 malam ini.
MetMalaysia memaklumkan, cuaca buruk berkenaan dijangka berlaku di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Hujan lebat beserta ribut turut dijangka berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya selain Cameron Highlands.
“Turut dijangka mengalami cuaca buruk ialah beberapa daerah di Johor melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, kebanyakan kawasan di Kuching , Serian, Samarahan, Bintulu , Miri (Marudi) dan Limbang juga diramal mengalami cuaca sama.
“Ia turut melibatkan beberapa kawasan di Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau) dan Tawau (Tawau dan Kunak) sehingga 9 malam ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE