fbpx

Faisal Halim perlu dibedah kali ketiga, keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal Halim.

SHAH ALAM – Pemain bola sepak Harimau Malaya, Faisal Halim yang disimbah asid perlu menjalani lagi pembedahan buat kali ketiga dan keempat.

Demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar ketika mengiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah melawat Faisal sebentar tadi.

“Pembedahan kedua berlangsung malam tadi selama tiga jam. Hasilnya saya dimaklumkan oleh pakar (perkembangan) amat positif, terima kasih atas doa seluruh komuniti dan rakyat Malaysia,” jelas beliau.

Faisal kini ditempatkan di sebuah hospital swasta di sini dengan pemantauan rapi pakar perubatan unit kebakaran.

Dalam kejadian Ahad lalu pemain sensasi itu disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di ketika berada di luar pusat beli-belah di Kota Damansara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI