KETIKA mengemas bahan bacaan peninggalan mendiang bapanya, Peggy Wong terasa sayu memikirkan nasib buku-buku tersebut sekiranya dibuang begitu sahaja. Justeru, wanita berusia 53 tahun itu memilih untuk menyumbang buku-buku berkenaan di sebuah kedai buku terpakai, Books For A Better World (BFBW) di Amcorp Mall, Petaling Jaya, Selangor. Alangkah terharu hati Peggy ketika mengetahui bahawa buku-buku peninggalan mendiang bapanya itu bukan sahaja akan menemui pemilik baharu, malah hasil jualannya akan disalurkan kepada badan kebajikan. Bermula dari situ, bekas pekerja pemasaran di……