fbpx

Faisal Halim dalam keadaan stabil -KP Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INSIDEN simbahan asid terhadap Faisal pastinya beri kesan kepada persiapan Selangor FC yang bakal bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jumaat ini.

PETALING JAYA – Polis mengesahkan pemain sayap kanan Selangor FC, Faisal Halim berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di sebuah hospital swasta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam kira-kira pukul 5.51 petang tadi.

“Pemain bola sepak kebangsaan telah disimbah cecair disyaki asid semasa berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, di sini.

“Mangsa kini dirawat di hospital swasta di sini, dan keadaan mangsa adalah stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI