fbpx

Cuaca cerah hampir di seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca cerah dan baik hampir di seluruh negara pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hanya beberapa kawasan di Perak akan berdepan dengan ribut petir, diikuti hujan di kawasan pantai Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Di Sabah pula hujan di beberapa tempat di Pedalaman, Labuan, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan diikuti dengan Sarawak iaitu di Miri dan Limbang,” katanya.

Sementara itu, bagi cuaca sebelah petang, MetMalaysia menjangkakan ribut petir hampir di seluruh negara melibatkan Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Beberapa tempat di kawasan pedalaman Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu turut dijangka menerima cuaca buruk sama.

“Ribut petir dan hujan lebat di sebelah petang dijangka turut berlaku di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Labuan.

“Di Sarawak, kawasan yang berdepan cuaca buruk ialah Mukah, Kapit, Bintulu dan Limbang,” katanya.

Dalam pada itu, bagi cuaca sebelah malam pula, ribut petir dan hujan diramalkan di kebanyakan kawasan pedalaman Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Selangor dan Melaka.

“Cuaca hujan dan lembap sama turut dijangka di beberapa tempat di Sabah melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, Labuan dan Tawau,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI