fbpx

Tiga nyaris maut kereta jatuh cerun tiga meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan yang jatuh cerun di di Kilometer 212 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menghala Gambang, di Kuantan malam semalam.

KUANTAN – Tiga lelaki nyaris maut apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas dan terjatuh cerun sedalam tiga meter di Kilometer 212 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menghala Gambang, di sini, malam semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 11.42 malam.

“Terdapat seorang elaki mengalami cedera parah manakala dua lagi lelaki cedera.

“Pasukan Bomba membuat operasi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat.,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua mangsa yang berjaya dikeluarkan telah diserahkan kepada pihak ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk tindakan seterusnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI