fbpx

Bekas pemain import Liga M tinggal lebih masa ditahan Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas pemain import Liga M yang ditahan dalam serbuan di Jalan Puchong Mesra, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Bekas pemain import Liga M antara warga Afrika yang ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Puchong Mesra, di sini, awal pagi tadi.

Pemeriksaan awal terhadap lelaki berusia 34 tahun itu mendapati beliau hanya memiliki pas pekerja yang tamat pada tahun 2019 dan tidak mengikat kontrak sebagai pemain bola sepak dengan mana-mana pasukan setakat ini.

Wartawan Kosmo! yang mengikuti serbuan mendapati, aktiviti koloni warga Afrika di bahagian belakang lorong premis berkenaan telah mengganggu ketenteraman awam penduduk berdekatan.

Antara kegiatan mereka adalah berkumpul beramai-ramai, minum minuman keras, menghisap shisha dan membuat bising bermula tengah malam sehingga awal pagi.

Ketika serbuan dilakukan, puluhan warga Afrika bertempiaran lari hingga sanggup terjun longkang yang busuk sedalam tiga meter dan berlari sepanjang laluan itu bagi elak dicekup.

TIdak terhenti disitu, ada diantara mereka melakukan provokasi sentimen warna kulit selepas ditahan selain enggan mengikut arahan yang diberikan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha berkata, seramai 22 warga Afrika ditahan termasuk dua kanak-kanak menerusi Op Kutip yang dilaksanakan bermula pukul 11.30 malam hingga pukul 3 pagi tadi.

“Tangkapan membabitkan warga Sierra Leon (tujuh), Liberia (satu), Nigeria (tujuh), Ghana (tiga), dan Amerika Syarikat (tiga).

“Hasil risikan selama satu bulan dilakukan selepas mendapat aduan orang awam berhubung kegiatan tidak bermoral dan mengganggu ketenteraman awam disini,” katanya pada sidang akhbar di lokasi serbuan.

Turut hadir Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff.

Mengulas lanjut, Jafri memaklumkan seramai 102 anggota dan pegawai Imigresen dikerahkan pada operasi kali ini kerana memfokuskan kepada warga Afrika.

“Kita sedia maklum berdasarkan operasi yang terdahulu melibatkan warga Afrika, mereka ini bertindak agak agresif, jadi tindak balas daripada pihak Imigresen juga perlu berhati-hati, seperti operasi kali ini mereka sanggup terjun ke dalam longkang beramai-ramai.

“Ada dalam kalangan mereka memaklumkan masuk ke negara (Malaysia) menggunakan pas pelajar, pas lawatan sosial, namun ini perlu disemak lebih lanjut untuk kesahihan.” ujar beliau.

Jelas beliau, kesemua tangkapan akan menjalani proses verifikasi di ibu pejabat Jabatan Imigresen Kuala Lumpur (JIMKL) dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI