fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Identiti 10 kru disahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi nahas helikopter terhempas yang melibatkan 10 kematian di stadium dan kolam renang Kompleks sukan TLDM Lumut semalam - MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

PETALING JAYA – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan identiti 10 kru yang terlibat dalam tragedi dua buah helikopter bertembung di Pangkalan TLDM Lumut, pagi ini.

TLDM dalam satu kenyataan susulan berkata, seramai tujuh kru berada dalam Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) manakala tiga lagi dalam helikopter Fennec TLDM.

Berikut adalah mangsa yang berada dalam HOM-AW139:

(1) Komander Muhammad Firdaus Ramli

(2) Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin

(3) Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi

(4) Pegawai Waran II, Muhammad Faisol Tamadun.

(5) Pegawai Waran II Noorfarahimi Mohd Saedy (Penumpang).

(6) Bintara Muda Noor Rahiza Anuar (Penumpang).

(7) Laskar Kelas I Joanna Felicia anak Rohna (Penumpang).

Sementara itu, tiga lagi yang terkorban berada di dalam pesawat Fennec (M502-6) adalah seperti berikut:

(1) Komander Muhamad Amir Mohamad

(2) Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan

(3) Pegawai Waran II Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

“TLDM mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI