fbpx

Wanita maut kereta Volkswagen langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika membawa keluar mangsa yang terlibat kemalangan di Jalan Macalister, pagi tadi.

GEORGE TOWN – Seorang pemandu wanita maut manakala dua lagi lelaki cedera parah selepas kereta jenis Volkswagen yang mereka naiki terbabas lalu melanggar sebatang pokok di Jalan Macalister, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Foo Yu Xuan, 24, disahkan mati di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, apabila pasukan tiba di tempat kejadian mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Volkswagen yang telah terbabas lalu melanggar sebatang pokok.

“Terdapat tiga orang mangsa terlibat iaitu dua lelaki dan seorang wanita yang tersepit di dalam kereta. Kerja-kerja mengeluarkan mangsa telahpun dilakukan.

”Komander Operasi mengarahkan anggota melakukan kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kesemua mangsa yang tersepit telah berjaya dikeluarkan pada pukul 5.27 pagi.

“Seorang mangsa iaitu pemandu wanita berusia 24 tahun telah disahkan maut di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

”Mangsa yang cedera seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans KKM untuk dibawa ke hospital bagi menerima rawatan selanjutnya,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI