fbpx

Hujan lebat, ribut petir di enam negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, angin kencang dan ribut petir di enam negeri sehingga pukul 9 malam hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, amaran cuaca buruk dengan taburan hujan yang lebat itu dijangka melanda lima negeri di Semenanjung dan Sarawak.

“Hujan lebat,angin kencang dan ribut petir dijangka di negeri Perlis, Kelantan (Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman), Pahang (Jerantut, Bentong dan Rompin) dan Johor (Segamat).

“Sementara itu, cuaca buruk sama dijangka tertumpu di negeri Sarawak melibatkan Kapit (Belaga) dan Bintulu (Tatau dan Sabauh) yang boleh berlarutan sehingga menjelang malam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI