fbpx

Ravindar Singh dilantik Ketua Polis Daerah Cheras baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ravindar Singh menerima tongkat kuasa pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Cheras baharu. -Foto oleh AMARULLAH ZAINUZZAMAN/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh dilantik sebagai Ketua Polis Daerah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Cheras baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin yang bakal berkhidmat sebagai Komandan di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri, Muar, Johor.

Dalam majlis serah terima tugas tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa mengucapkan terima kasih kepada Asisten Komisioner Zam Halim terhadap khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

“Tugas sebagai seorang Ketua Polis Daerah amat berat dan memerlukan ketabahan dan pengorbanan, disusuli dengan ilmu pengetahuan serta kepimpinan yang tinggi.

“Saya percaya berdasarkan pengalaman yang dimiliki oleh Asisten Komisioner Ravindar Singh, beliau pasti dapat melaksanakan serta memikul amanah tersebut dengan cemerlang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Cheras di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rusdi menyeru semua pegawai khususnya warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras su memberikan sepenuhnya kerjasama kepada Ketua Polis Daerah baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI