fbpx

Pesara maut dilanggar sewaktu melintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Seorang pesara Koperasi Kakitangan Kerajaan Terengganu Berhad (Kokitab) maut selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di Jalan Kuala Berang berhampiran Wakaf Mempelam, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.49 pagi itu, mangsa, Mohd. Abdillah Abu Bakar, 63, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, lelaki warga emas tersebut dikatakan melintas jalan untuk ke sebuah kedai makan.

“Dia tiba-tiba dirempuh sebuah kereta yang sedang menuju ke arah Padang Midin. Kereta itu dikatakan tidak berhenti dan membiarkan mangsa terbaring di jalan raya,” katanya, di sini hari ini.

Azli berkata, pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan Mohd. Abdillah telah meninggal dunia.

Tambah beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengesan pemandu kenderaan yang dikatakan melanggar mangsa.

“Orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai maklumat tentang kemalangan maut terbabit diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI