fbpx

Bas rempuh 11 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN kereta yang rosak selepas dirempuh sebuah bas dalam kejadian di Persimpangan lampu Isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang, di Batu Pahat, pagi tadi.

BATU PAHAT- Hilang kawalan dipercayai menjadi punca sebuah bas melanggar 11 kenderaan di Persimpangan lampu Isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang, dekat sini, kira-kira jam 10.40 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.40 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Katanya, kemalangan membabitkan 12 kenderaan iaitu bas, dua buah lori dan sembilan kereta.

“Siasatan awal mendapati kemalangan ini berlaku disebabkan sebuah bas yang datang dari arah bandar Batu Pahat menghala ke Jalan Kluang telah hilang kawalan dipercayai kegagalan brek.

“Akibatnya, bas itu melanggar 11 buah kenderaan lain yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat. Kemalangan hanya melibatkan kerosakan semua kenderaan dan kecederaan ringan.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum itu, tular video kamera papan pemuka atau ‘dasham’ berdurasi 34 saat menunjukkan sebuah bas yang merempuh kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat di Batu Pahat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI