fbpx

MITI perlu main peranan kekalkan Malaysia destinasi pelaburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat MPN Bilangan 3 tahun 2024 hari ini. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA – Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bilangan 3 tahun 2024 memutuskan agar Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) merangka Pelan Strategik Semikonduktor secara menyeluruh bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pelaburan terpilih bagi industri strategik ini.

Perkara itu dikongsikan Perdana Menteri, Datuk Seri Amwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook beliau sebentar tadi.

“Pagi tadi saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bilangan 3 tahun 2024 yang antara lain meneliti kedudukan semasa dan prospek masa hadapan negara bagi industri semikonduktor.

“Ia termasuklah sokongan kepada pelbagai cadangan pengembangan yang telah diajukan kepada saya sebelum ini,” katanya.

Menurut Anwar, peranan MITI adalah penting bagi menarik minat pelbagai syarikat semikonduktor antarabangsa untuk menubuhkan fasiliti pembuatan semikonduktor berkualiti tinggi di Malaysia.

“Pelan Strategik ini akan turut meliputi pakej insentif yang lebih menarik bagi mempertingkatkan kemasukan pelaburan strategik dalam semikonduktor berteknologi tinggi, khususnya bagi menggalakkan lebih banyak aktiviti ‘front-end’ dalam industri semikonduktor di Malaysia,” katanya.

Tambah Anwar, mesyuarat itu juga telah meneliti cadangan pembangunan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) dan bersetuju ianya dilaksanakan secara usaha sama oleh syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan (GLIC) dengan kerjasama Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Perak.

“Ini merupakan titik tolak kepada usaha Kerajaan Madani untuk mempercepatkan pembangunan KIGIP, yang dilihat sebagai salah satu pemangkin utama bagi menarik pelaburan hijau ke dalam negara.

“Pengoperasiaan KIGIP akan dijana sepenuhnya dengan Tenaga Boleh Baharu (TBB) selaras dengan aspirasi negara ke arah mencapai neutral karbon seawal 2050,” kata Anwar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI