fbpx

EPL: Palmer ledak empat gol buat Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PALMER (kiri) meledak empat gol buat Chelsea dalam kemenangan 6-0 ke atas Everton. - AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino masih belum berpuas hati dengan sikap anak-anak buahnya meskipun berjaya melakar kemenangan besar 6-0 ke atas Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, pemain sensasi The Blues, Cole Palmer muncul wira apabila meledak empat gol, manakala dua lagi disumbangkan oleh Nicholas Jackson dan Alfie Gilchrist.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah sikap tidak matang ditunjukkan Jackson dan Noni Madueke yang berebut untuk melakukan sepakan penalti sebelum diambil oleh Palmer.

Kata Pochettino, arahan yang diberikan sebelum perlawanan adalah jelas yang mana Palmer diberi peranan untuk sempurnakan tugasan penalti dan semua pemain perlu menghormati keputusan tersebut.

“Saya rasa insiden tersebut sangat memalukan kerana pemain tidak sepatutnya melakukan reaksi seperti itu. Ini adalah amaran terakhir buat mereka agar tidak lagi menunjukkan perkara yang tidak berdisiplin di atas padang.

“Apa yang pasti, saya mahu perkara ini jelas untuk semua pihak bahawa Palmer diberikan tanggungjawab untuk mengambil sepakan penalti dan andai dia mahu berikan kepada rakan yang lain, terserah padanya tetapi bukan dengan cara merampas bola,” kata Pochettino.

Sementara itu, Palmer mengesahkan perbalahan antara Jackson dan Madueke hanya di atas padang dan segalanya sudah tenang apabila wisel penamat dengan pasukan kembali ceria apabila berada di bilik persalinan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI