fbpx

Maut ditimbus tanah ketika gali perigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan Mohamad Khairul Jeffry (gambar kecil) yang tertimbus ketika menggali perigi rumah penduduk berhampiran Masjid Kampung Gelam Tok Uban, Pasir Mas hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

PASIR MAS – Seorang penggali perigi maut selepas tertimbus tanah ketika sedang membuka ikatan tali pembetung di dalam telaga yang sudah siap digali di rumah penduduk berhampiran Masjid Kampung Gelam Tok Uban, di sini petang tadi.

Mangsa, Mohamad Khairul Jeffry Maarof, 23, ditemui kira-kira pukul 7.15 petang selepas operasi menyelamat menggunakan jengkaut orang awam selepas lebih 1 jam 20 minit tertimbus.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Adnan Muhammad Juri berkata, kejadian berlaku selepas mangsa masuk ke dalam perigi yang sudah disiap digali menggunakan jengkaut.

Menurutnya, mangsa dikatakan masuk ke dalam perigi itu untuk membuka ikatan tali yang diikat pada pembetung ketiga pada kedalaman tujuh meter.

“Berlaku runtuhan tanah secara tiba-tiba hingga menyebabkan mangsa yang berada di dalam perigi berkenaan tertimbus

“Rakan-rakannya yang menyedari kejadian itu kemudian menghubungi pasukan bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Adnan memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.54 petang sebelum bergegas keluar ke lokasi kejadian.

Katanya, mangsa berjaya ditemui kira-kira pukul 7.15 petang dengan bantuan jengkaut orang awam yang berada di lokasi kejadiaj.

“Mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan sebaik mangsa berjaya dibawa keluar dari runtuhan tanah itu. Mayat mangsa sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI