fbpx

Polis cari lelaki ugut pukul pelanggan McDonalds

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Tindakan seorang lelaki yang melakukan provokasi dan ugutan terhadap pelanggan di sebuah restoran makanan segera McDonald’s di Sungai Isap, di sini, kini diburu polis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, polis giat mengesan suspek selepas laporan polis dibuat seorang lelaki berumur 40 tahun, semalam.

Katanya, berdasarkan laporan polis dalam kejadian kira-kira pukul 10.25 malam itu, beberapa lelaki yang sedang berkempen memboikot restoran McDonald’s telah memanggil pengadu dan mengeluarkan kata-kata kesat serta melakukan provokasi terhadap pengadu.

“Pengadu cuba menghindari mereka dengan masuk kembali ke dalam premis McDonald’s namun selepas keluar untuk pulang ke rumah, kumpulan lelaki itu sekali lagi melakukan provokasi terhadap pengadu.

“Ketika pengadu hampiri kumpulan lelaki berkenaan, salah seorang daripadanya capai topi keledar lalu diberi kepada kawannya dan lelaki itu ugut akan pukul pengadu namun situasi itu dileraikan isteri pengadu,” katanya di sini hari ini.

Menurut Wan Mohd Zahari, pengadu kemudiannya datang ke balai polis bagi membuat laporan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Katanya, pada masa ini pihak polis telah merakam percakapan pengadu dan saksi serta melakukan semakan kamera litar tertutup di premis berkenaan.

Jelasnya, berdasarkan siasatan awal modus operandi suspek adakan mengugut memukul pengadu dengan topi keledar disebabkan pengadu masuk untuk makan di premis McDonald’s.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI