JELEBU – Tindakan seorang bekas pereka grafik menghisap syabu kononnya sebagai tenaga tambahan menjaga ibunya yang sakit mengundang padah apabila dia menjadi ketagih sehingga diberkas pihak berkuasa. Huzairi, 40-an, berkata, dia mengambil syabu bagi menjaga ibunya kira-kira 10 tahun lalu sebelum wanita berusia 80-an itu itu meninggal dunia akibat sakit tua. Katanya, keadaan menjadi huru-hara apabila dia gagal berhenti selepas kematian ibunya kerana amat ketagihkan benda haram tersebut. “Saya belanja RM30 sehari untuk beli syabu. Ketika jaga ibu saya boleh……