fbpx

Ibu, anak lelaki maut, Toyota Alphard terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Toyota Alphard selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Permatang Kerat Telunjuk Bandar Baharu-Serdang, Bandar Baharu malam tadi.

BANDAR BAHARU – Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard dengan lori di Jalan Permatang Kerat Telunjuk Bandar Baharu-Serdang, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, kedua-dua mangsa iaitu pemandu Toyota Alphard, lelaki berusia 55 tahun dan ibunya berusia 85 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota bada

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Azmi Mokhtar berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika MPV yang dipandu mangsa bersama lima penumpang dalam perjalanan dari arah Serdang ke Bandar Baharu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, Toyota Alphard itu dipercayai memasuki jalan bertentangan dan telah bergesel dengan sisi kanan lori dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun.

“Kemalangan mengakibatkan MPV berkenaan terbabas ke kiri jalan dengan pemandu dan salah seorang penumpang yang merupakan ibunya meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Keadaan Toyota Alphard selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Permatang Kerat Telunjuk Bandar Baharu-Serdang, Bandar Baharu malam tadi.

Kata beliau, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hopital Kulim, dekat sini untuk proses bedah siasat.

Penumpang lain dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan pesakit luar.

Tambahnya, pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut dengan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI