fbpx

Lima pemimpin kanan PKR dilantik Sekretariat Pejabat Presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) bersama lima anggota pemimpin kanan PKR yang dilantik sebagai anggota Sekretariat Pejabat Presiden parti tersebut.

PETALING JAYA – Lima pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilantik sebagai anggota Sekretariat Pejabat Presiden parti tersebut yang baru ditubuhkan, semalam.

Menurut Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan di laman Facebook, Sekretariat Pejabat Presiden itu dianggotai oleh pimpinan kanan PKR.

Antaranya ialah Datuk Romli Ishak sebagai Setiausaha Politik Kanan Pejabat Presiden (Koordinator) serta Onn Abu Bakar, Sim Tze Tzin, Manivanan Gowin dan Juwairiya Zulkifli, masing-masing dilantik sebagai Setiausaha Politik Pejabat Presiden.

Anwar berkata, sekretariat tersebut diamanahkan untuk memartabatkan dan memperkasakan parti, membantu dan menyelaras pergerakan di semua peringkat serta memantau aktiviti dan gerak kerja PKR di semua peringkat.

“Sekretariat Pejabat Presiden juga diamanahkan untuk menyemak Perlembagaan Parti untuk mengisbatkan hala tuju dan masa depan PKR serta memberi pandangan dan cadangan dalam isu-isu semasa yang berbangkit dalam politik negara.

“Justeru, pimpinan dan anggota PKR, dinasihatkan untuk berganding bahu dalam menggalas tanggungjawab untuk mendukung aspirasi PKR demi menjuarai hak dan kebajikan rakyat demi masa depan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI