fbpx

Jangan pertaruh nasib Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SNBJ yang turut digunakan sebagai venue konsert menyebabkan berlakunya kerosakan pada permukaan padang dan menjejaskan aksi Harimau Malaya.

BEKAS penggempur skuad Harimau Malaya, Safee Sali memberi cadangan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mencari venue alternatif jika padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak berada pada tahap optimum.

Menurut Safee, salah satu punca kekalahan skuad Harimau Malaya kepada Oman dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang lepas adalah disebabkan keadaan padang yang tidak sempurna.

“Mungkin ada sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan apa yang saya cakap, tetapi ini berkaitan padang. Kita sudah pun maklum padang (ketika itu) memang sangat teruk.

“(Ada permukaan) padang terangkat dan pemain kena pergi untuk betulkan padang itu, bagi saya itu bukan padang yang sesuai untuk skuad kebangsaan bermain. Kalau padang itu tidak elok, jangan main.

“Orang mungkin akan cakap Oman juga bermain pada padang yang sama, tetapi kita tidak mendapat kelebihan beraksi selaku tuan rumah. Sepatutnya pada perlawanan itu Oman yang menghadapi kesukaran,” katanya dipetik menerusi audio siar laman Youtube peribadi, Sports Tarik.

Satu moratorium jangka pendek telah dikeluarkan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas yang melibatkan persediaan konsert di padang SNBJ sehingga kondisi rumput mencapai tahap yang baik.

Sejak menukar rumput daripada cowgrass ke Zeon Zoysia, permukaan padang SNBJ telah dikritik hebat oleh peminat bola sepak tanah air apabila tidak pernah mencapai tahap sempurna.

Kritikan pertama hadir ketika penganjuran Pestabola Merdeka pada Oktober lepas, disusuli aksi final Piala Malaysia dianjurkan selepas konsert Coldplay pada Disember lepas.

PSM terus dikritik apabila gagal selenggara padang dengan baik selepas konsert Ed Sheeran degan menyaksikan skuad negara tewas 0-2 kepada Oman di laman sendiri pada bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI