fbpx
Dasar pendidikan yang kerap berubah mengikut pertukaran kepimpinan menjadikan murid, ibu bapa dan guru mangsa kepada keadaan. - Gambar hiasan

Tolonglah YB, jangan terlalu mudah ubah dasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIAP kali berlakunya pertukaran menteri terutamanya dalam Kementerian Pendidikan (KPM), maka dasar atau kaedah baharu pendidikan pasti akan berubah.

Tidak dinafikan, dasar atau kaedah baharu yang diubah adalah mengenai visi bagi menjadikan dasar pendidikan negara setanding dengan dasar-dasar yang dibawa oleh negara maju yang lain.

Namun, jika acap kali sangat berubah, kesannya adalah kepada pelajar atau murid untuk menerima perubahan itu.

Bukan sahaja murid, malah bahagian pelaksanaan seperti guru dan pegawai pendidikan juga terkesan untuk menyediakan bahan pelajaran baharu.

Malah, ada yang beranggapan perubahan itu seperti percubaan makmal atau lebih tepat lagi ujian klinikal dengan murid dan guru menjadi bahan uji kaji.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang pernah diperkenalkan sekitar tahun 1983 merupakan satu dasar yang sudah lengkap dan boleh dikatakan yang paling ‘bersedia’ buat rakyat Malaysia.

Adakah dua kurikulum ini tidak berjaya? Rasanya tidak, kerana dengan dua kurikulum inilah negara kita berada pada tahap ini, angkasawan negara pun sudah kita lahirkan.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga pernah memperkenalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada zaman pentadbiran pertama Tun Dr. Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu sebelum dimansuhkan.

Banyak lagi contoh jika ingin diungkapkan. KPM juga pernah mencadangkan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2016, ketika zaman Barisan Nasional.

Ia akhirnya dimansuhkan pada 2021 oleh menteri pendidikan ketika di bawah Perikatan Nasional (PN).

Dasar pendidikan yang kerap berubah mengikut pertukaran kepimpinan menjadikan murid, ibu bapa dan guru mangsa kepada keadaan.

Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr. Anuar Ahmad berkata, kepimpinan perlu mempunyai sikap menghormati dasar-dasar yang dilaksanakan kepimpinan terdahulu.

“Pihak-pihak yang dilantik perlu mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai pentingnya melaksanakan dasar yang diadakan pemimpin sebelum mereka.

“Ini penting dan kita tak mahu dasar yang sedang dalam pelaksanaan dipinggirkan,” katanya.

Kenapa perlu melompat untuk meniru dasar yang dibawa oleh negara barat sedangkan dasar-dasar pendidikan di sekitar negara Asia terutamanya Jepun, Korea Selatan mahupun Singapura berada pada tahap terbaik.

Intai dahulu yang dekat, jangan terlampau jauh sangat imaginasi sehingga kita tidak terfikir apa akan jadi pada pelajar kita.

Teringat pada sesi raih undi calon Naib Presiden Indonesia beberapa bulan yang lalu, iaitu Gibran Widodo yang meletakkan manifestonya untuk menyediakan susu segar kepada setiap murid di negara tersebut jika dia menang PEMILU.

Bersyukurlah dengan apa yang ada, kerana susu segar sudah diperkenalkan oleh KPM sebelum ini sejak berpuluh tahun lalu. Walaupun hanya susu segar tetapi ia menjadi ikutan orang, fikirkan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN