fbpx

Meta, TikTok beri komitmen keselamatan kanak-kanak dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika mengadakan perbincangan dengan wakil Meta dan TikTok, hari ini.

PETALING JAYA – Kementerian Komunikasi telah memperolehi komitmen daripada Meta dan TikTok berkenaan keselamatan dalam talian bagi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun dalam satu perbincangan, hari ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya turut memperoleh komitmen Meta dan TikTok berhubung
pemantauan kandungan berunsurkan jenayah seperti judi dalam talian, scam, berita palsu serta isu agama, raja dan kaum (3R).

“Selain itu, kedua-dua platform juga diberi makluman mengenai perancangan kerajaan menambah baik undang-undang serta garis panduan operasi platform media sosial di Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut Fahmi, penambahbaikan tersebut sejajar dengan komitmen Kerajaan Madani untuk menjamin hak bersuara rakyat Malaysia sambil memastikan kegunaan internet yang produktif, harmoni dan selamat untuk semua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI