fbpx

Lelaki Palestin didakwa cederakan rakan senegara guna pisau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustafa F M mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Langkawi, hari ini. - Foto IHSAN PDRM

LANGKAWI – Seorang lelaki warga Palestin didakwa di Mahkamah Majistret di sini, Kedah, hari ini, atas tuduhan mencederakan rakan senegara hingga parah dalam kejadian bulan lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Mustafa F M Alabed Sadeya, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Natasha Rizal.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Izzeddin A Z Alqassass menggunakan pisau di Jalan Teluk Baru, Pantai Tengah, Langkawi kira-kira pukul 5 petang pada 29 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum empat tahun atau denda maksimum RM4,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farhan Aliff Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM4,000 terhadap tertuduh dan kes disebut semula 19 Mei depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI