fbpx

Lelaki lintas lebuh raya mati digilis beberapa kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GOMBAK – Seorang lelaki maut selepas digilis beberapa kenderaan ketika melintas di kilometer 438 Lebuh Raya Utara-Selatan, dari arah Rawang menghala ke Ipoh, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima maklumat insiden tersebut pada pukul 10.55 malam tadi.

Katanya, maklumat awal memaklumkan kejadian membabitkan seorang pejalan kaki.

“Hasil siasatan awal dijalankan mendapati mangsa cuba melintas lebuh raya dari arah kiri ke kanan jalan. Semasa melintas mangsa telah dilanggar oleh sebuah kenderaan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa telah tercampak ke atas jalan dan telah dilanggar oleh beberapa kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mangsa dibawa ke forensik Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

Kata Noor Ariffin, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti mangsa yang terlibat memandangkan tiada dokumen pengenalan diri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan.

“Mana-mana individu boleh berhubung dengan pegawai penyiasat trafik Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI