fbpx

EPL: Tugas mencabar Man. City kekal fokus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE berjaya meledak dua gol ketika membantu City bangkit menewaskan Palace pada aksi di Selhurst Park kelmarin. - AFP

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola percaya pasukannya memerlukan penamat terbaik dalam setiap perlawanan untuk memastikan mereka berjaya merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris buat kali keempat berturut-turut.

Menurutnya, City perlu meraih kemenangan dalam baki perlawanan musim ini untuk mencapai tujuan tersebut ekoran kedudukan mata untuk tiga pasukan teratas yang terlalu rapat.

Bagaimanapun, Guardiola mengakui bimbang dengan jadual perlawanan yang padat memungkinkan mereka melakukan kesilapan terutama ketika bakal turun menentang Real Madrid pada aksi Liga Juara-Juara pertengahan minggu ini.

“Kami tidak begitu solid seperti biasa dari segi transisi dan organisasi permainan, terutama ketika kami bolos untuk gol pertama, tetapi itu adalah kesan apabila kami perlu bermain setiap tiga hari sekali.

“Kekuatan mental yang kami bazirkan lebih banyak berbanding tenaga fizikal dan itu lah sebabnya adakalanya perkara ini (bolos) boleh berlaku,” katanya.

Guardiola turut memuji aksi cemerlang dipamerkan ‘jeneral’ padangnya, Kevin De Bruyne yang meledak dua gol untuk City bangkit mencatat kemenangan 4-2 di Selhurst Park awal pagi semalam untuk mengumpul jaringan ke-100 bersama kelab itu.

“Tanpa Kevin kami mungkin tidak berjaya kali ini, jadi apabila kita bercakap mengenai taktik dan pengurus, pastinya memiliki pemain seperti Kevin akan membuatkan permainan menjadi mudah.

“Apabila saya mendengar dia ketawa di bilik persalinan, di dalam bas dan pada sesi latihan, saya menganggap kami berada dalam keadaan selamat. 10 tahun dia bersama kami, konsisten dan menakjubkan. Dia salah seorang pemain terbaik dalam sejarah kelab ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI