fbpx

[VIDEO] Cikgu pasang kanvas hitam lindungi murid dari panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan guru memasang kanvas hitam untuk melindung pelajar dari cuaca panas

PETALING JAYA – Guru-guru di Sekolah Kebangsaan Semerah Padi di Kuching, Sarawak mengambil inisiatif untuk melindungi pelajar daripada cuaca panas yang melanda baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video oleh Malaysia Tribune di TikTok, cikgu-cikgu lelaki berkumpul mengambil peranan untuk menyediakan alat teduhan dengan mengikat dan menyambung kain kanvas berwarna hitam untuk digantung di kawasan sekolah.

Berdasarkan rakaman tersebut, alternatif ini serba sedikit dapat mengurangkan rasa bahang dan panas serta mengelakkan murid-murid dari terkena pancaran cahaya matahari yang terik.

Terdahulu, mengikut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca panas di Sarawak boleh mencecah suhu maksimum harian melebihi 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan pihak sekolah yang prihatin itu.

“Saya rasa semua sekolah kena ada inisiatif macam ni untuk bagi murid selesa dan dalam keadaan sihat selalu,” komen Izzhira.

“Bagus cikgu-cikgu macam ni yang kita nak, faham situasi cuaca zaman sekarang yang boleh mengakibatkan kematian,” komen Achai.

“Terbaik para guru, sentiasa ambil berat kat pelajar. Terima kasih cikgu,” komen Azah.

Sehingga kini video tersebut mendapat 1 juta tontonan, 63,000 tanda suka dan 1,450 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

@malaysiatribune Untung anak-anak sekolah zaman sekarang, terbaik guru-guru SK Semarak Padi #sarawak #kuching #sksemarakpadi #cuacapanas #cuacapanas #elnino #kemarau ♬ original sound – malaysia tribune

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI