fbpx

Temerloh alami gelombang haba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEMERLOH menjadi daerah pertama di Pahang yang menghadapi gelombang haba pada masa ini.

TEMERLOH – Temerloh menjadi daerah pertama di negeri ini yang mengalami gelombang haba dengan suhu maksimum harian mencapai antara 37 hingga 40 darjah celsius.

Pengarah Meteorologi Pahang, Nazian Zainal Abidin berkata Temerloh diletakkan pada tahap dua atau gelombang haba selepas daerah ikan patin itu merekodkan suhu 37 hingga 40 darjah selsius selama tiga hari berturut-turut.

“Tujuh kawasan berada pada Tahap satu (berjaga-jaga) pula ialah daerah Lipis, Jerantut, Raub, Bentong,
Bera, Pekan dan Maran yang mana suhu maksimum harian mencapai 35-37 darjah celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

“Daerah Temerloh yang biasanya merekodkan bacaan suhu pada tahap satu telah mencapai tahap dua (gelombang haba) buat pertama kali pada 3 April 2024,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, suhu panas tahap satu di daerah Temerloh dan daerah-daerah lain di Pahang mula berlaku
pada pertengahan bulan Mac 2024, iaitu ketika fasa akhir Monsun Timur Laut (MTL).

Jelasnya, keadaan suhu panas di negeri Pahang disebabkan oleh pemanasan permukaan bumi akibat
sinaran matahari dan pengurangan taburan hujan.

Bagaimanapun katanya, fenomena ini dijangka tidak berlarutan terlalu lama memandangkan negara telah memasuki fasa peralihan monsun.

“Semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah daripada pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka
masa yang singkat.

“Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung,”katanya

Dalam pada itu beliau berkata, dalam berhadapan dengan cuaca panas orang ramai dinasihatkan agar minum air secukupnya dan menghadkan aktiviti luar.

“Orang ramai juga perlu memakai pakaian yang selesa, sesuai dan mudah menyerap peluh, mengelakkan pembakaran
terbuka dan menyimpan bekalan air secukupnya,”ujarnya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI