fbpx

Suami isteri maut kereta terbabas rempuh pembahagi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 8, Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) di Lipis hari ini.

LIPIS – Sepasang suami isteri maut selepas kereta jenis Perodua Kancil dinaiki mereka terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 8, Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) di sini hari ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah pemandu kereta, Mohd Nafiah Abdul Wahab, 53, dan isteri, Rofidah Ahmad, 54, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, kejadian kira-kira pukul 11.30 tengah hari itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan balik dari Bachok, Kelantan ke rumahnya di Jerantut.

“Apabila sampai di tempat kejadian kereta dinaiki mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas merempuh pembahagi jalan. Akibat kejadian pemandu dan penumpang kereta meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI