fbpx
REMY bersama isteri, Ezza Yusof dan putera mereka, Tuah Alam teruja menyambut Aidilfitri sebagai satu keluarga kecil buat pertama kalinya tahun ini.

Remy Ishak ‘seram’ nak raya gara-gara Tuah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIGA hari menjelang 1 Syawal, satu perasaan yang sukar digambarkan dirasai seluruh umat Islam sedunia apabila terpaksa meninggalkan atau mengucapkan selamat tinggal kepada Ramadan.

Yang pasti, emosi kerinduan mula menyelubungi diri apabila melihatkan bulan penuh barakah dalam kalendar Islam itu kian sayup-sayup berlalu pergi.

Emosi sama turut dirasakan pelakon Remy Ishak bersama isteri tersayang, Roszaliza Yusof atau lebih dikenali sebagai Ezza Yusof.

Kian cakna perihal keindahan agama, terutama ketika dipertemukan rezeki menimang cahaya mata tahun lalu bernama Alam Tuah, pasangan ideal itu sentiasa mensyukuri nikmat Ilahi yang semakin basah di halaman hidup.

Saling melengkapi antara satu sama lain, perubahan fasa menjadi ibu bapa banyak mengajar Remy dan Ezza erti sebenar kehidupan. – Solekan: ELMANDA ZUHAIRY

“Semakin saya bertambah usia, semakin saya yakin tentang aturan Ilahi dan rasai kemanisan hidup.

“Dari zaman bujang, kemudian bergelar suami sampailah sekarang sudah jadi seorang bapa, saya sangat bersyukur dengan segala kurniaan Allah SWT.

“Dengan segala kebobrokan yang berlaku kepada dunia. Perang bom sana sini, saya ingin mengambil kesempatan di sini mengingatkan diri, jangan sesekali kufur nikmat.

“Kalau berupaya menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan, kita jalankan tugas sebaik-baiknya,” Remy, 42, sepenuh pengertian mengungkap mukadimah bicara.

Diajak berbicara tentang keterujaan menyambut Syawal bersama keluarga kecil termasuk Tuah yang kini berusia lapan bulan, perasan Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak itu sebenarnya bercampur-baur.

Remy seram, Ezza relaks

Sebahagian dalam diri berasa teruja sementelah ada bahagian lain berasa cemas dan ‘seram’, memandangkan tahun ini merupakan pengalaman pertama membawa Tuah beraya di kampung halaman.

“Tahun ini, saya akan balik ke Masjid Tanah, Melaka dulu dan kemudian pulang ke kampung Ezza (Perak).

“Tanggungjawab saya jaga ibu di kampung raya kali ini sebab adik-beradik lain semua akan ‘bersepah’ dengan komitmen masing-masing.

“Jadi tahun ini Masjid Tanah, aku yang punyalah (ketawa).

Remy berkata, sebagai seorang bapa, tanggungjawabnya kini berubah dan tumpuan lebih terarah kepada keluarga kecilnya bersama Ezza Yusof. – Tatarias: DEAN ISHAK

“Kalau tidak, ramai sangat. Sebab, kadang-kadang, saya nak balik kampung nak relaks sahaja,” ujar Remy kepada Pose pada sesi fotografi khas di Studio Media Mulia, baru-baru ini.

Memperincikan sebab berasa ‘seram’ dan cemas untuk beraya kali ini, Remy berkata, semua itu adalah disebabkan tumpuan yang akan diberikan kepada Tuah.

Bukan sombong apatah lagi enggan putera sulungnya itu ‘bersosial’, Remy hanya kisahkan satu perihal iaitu tahap kesihatan dan kebersihan Tuah apabila beraya nanti.

“Saya seram juga kalau peminat serbu rumah di Masjid Tanah. Mak saya jantung tak berapa kuat. Orang kampung mereka main ‘serbu’ sahaja.

“Tutuplah pintu macam mana sekali pun, budak-budak akan tekan loceng sampai tuan rumah buka pintu. “Kalau agak-agak macam saya tak kenal, saya terus ‘offer’ nak duit raya atau memang datang nak beraya,” katanya berseloroh.

Tuah Alam (tengah) kini berusia lapan bulan dan mula ‘kenal’ dan mesra dengan wajah orang di sekelilingnya. – Busana: BULAN BINTANG, IZARA BY IZARA AISHAH | Kasut: 2MORROW

Terbaik buat Tuah – Ezza Yusof

Sama seperti kebanyakan bapa lain, Remy takut andai Tuah ‘diserang’ dengan pelukan dan ciuman berlebih-lebihan sepanjang lebaran nanti.

“Seram sebab ramai orang nak jumpa Tuah. Mereka akan nak pegang. Saya bukan lokek tetapi dari segi kesihatan kena ambil kira juga sebab Tuah masih belum setahun pun.

“Kalau tak bagi nanti, mereka pula saudara-mara, nanti takut kecil hati.

“Pada masa sama, seronok nak kenalkan Tuah dengan famili,” tuturnya.

PERTAMA KALI menyambut lebaran sebagai ibu bapa, Remy dan Ezza tidak sabar bertemu saudara-mara di Masjid Tanah, Melaka dan Mentakab, Pahang. – Foto: MUHAMAD IQBAL ROSLI

Mengakui suaminya seorang yang ‘terlampau’ protektif, Ezza pula memaklumkan, itu adalah sifat Remy yang dirinya sendiri sudah terbiasa.

Sebagai isteri, Ezza percaya bahawa lelaki itu hanya mahukan yang terbaik buat Tuah.

“Saya berbeza sikit. Macam saya agak easy-going tetapi Remy jenis fikir ‘jauh’ sikit.

“Saya selalu nasihatkan Remy agar jangan fikir bukan-bukan. Apa pun, kami berdua cuma mahukan yang terbaik untuk Tuah sebab dia masih ‘budak’ lagi,” jelas Ezza yang akan turut pulang beraya di Mentakab, Pahang sekitar raya kedua sesudah beraya Masjid Tanah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN