fbpx

Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video dipercayai dirakam suspek yang merosakkan peralatan tokong di Kampung Koh, Sitiawan.

LUMUT – Seorang lelaki ditahan selepas disyaki merosakkan peralatan sembahan di sebuah tokong di Kampung Koh dekat sini sambil merakam perbuatan itu dan memuat naik video tersebut dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata lelaki berusia 35 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk merakam video tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan untuk mendapatkan permohonan reman bagi membantu siasatan.

Tegas beliau, suspek disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan bencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Jelasnya, suspek juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian internet yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, video kejadian itu yang tular dalam media sosial dilihat oleh seorang Ketua Polis Balai dalam telefon bimbitnya sebelum membuat laporan polis kira-kira pukul 1.30 tengah hari semalam.

Mohamed Nordin menasihatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kes itu yang menyentuh sentimen 3R sehingga melanggar undang-undang dan mencabar Perlembagaan, sekali gus menjejaskan keselamatan negara.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menjejaskan siasatan kes tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI