fbpx

EPL: Liverpool tiada pilihan, peluang lunas dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL tidak mempunyai pilihan kecuali mendapatkan kemenangan sekiranya mahu terus mengekalkan kedudukan mereka di puncak liga. - AFP

LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengakui pasukannya tidak mempunyai pilihan kecuali mencatat kemenangan ke atas Manchester United pada aksi di Old Trafford malam ini.

Biarpun mengakui ia bukan tugas mudah, Klopp percaya mereka tidak boleh mencatat keputusan selain kemenangan untuk kekal menguasai takhta Liga Perdana Inggeris selain menjadi peluang untuk melunas dendam kekalahan pada aksi suku akhir Piala FA lalu.

Justeru, pengurus dari Jerman itu enggan mengulas mengenai penampilan terakhirnya di Old Trafford sebagai pengendali Liverpool sebaliknya mahu para pemainnya terus mengekalkan fokus dan mencipta aksi luar biasa.

“Saya mengambil pendekatan yang sama dalam setiap perlawanan, tidak ada perasaan sentimental (penampilan terakhir di Old Trafford. Kami mempunyai lapan lagi perlawanan dan memerlukan fokus.

“Kami akan melakukannya. Kami akan turun berdepan Manchester United yang merupakan pasukan lawan yang 100 peratus tidak gembira dengan perjalanan mereka pada musim ini.

“Perlawanan ini akan menjadi sangat penting juga buat mereka. Anda boleh lihat bagaimana mereka beraksi ketika menentang kami sebelum ini dan betapa ia cukup bermakna buat mereka dan pada kami, ia juga sebuah perlawanan yang penting,” katanya.

Liverpool ketika ini memiliki kelebihan dua mata di persada Liga Perdana Inggeris berbanding pencabar mereka, Arsenal dan tiga mata di hadapan Manchester City menyebabkan tiga mata di Old Trafford bukan pilihan sebaliknya mesti diraih mereka.

Bagaimanapun, rekod pertemuan menentang United musim ini tidak memberikan isyarat positif buat Liverpool apabila sekadar terikat tanpa jaringan di Anfield Disember lalu sebelum tewas 3-4 pada aksi suku akhir Piala FA. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI