fbpx

Sultan Ibrahim beri sumbangan beras kepada kakitangan istana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kakitangan Istana Negara yang menerima sumbangan beras kurniaan Sultan Ibrahim.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenaan memberi sumbangan beras kepada kakitangan Istana Negara dan pekerja pengurusan fasiliti Istana Negara serta Istana Melawati di Putrajaya.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kurniaan bantuan beras diberikan kepada 194 penerima yang terdiri daripada kakitangan gred jawatan 11 dan 14.

Jelasnya hantaran itu, sumbangan tersebut disampaikan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Zailani Hashim, di Dewan Mulia, Istana Negara.

“Sepanjang bulan Ramadan tahun ini, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan sumbangan peribadi 25,000 kampit beras 10 kilogram kepada asnaf sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” tulis hantaran itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI