fbpx

Sinar Ramadan Bulan Bintang santuni golongan memerlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Duta Bulan Bintang, Hannah Delisha dan Shukri Yahaya ketika menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan sempena Kempen Sinar Ramadan Bulan Bintang di Kuala Langat, Selangor.

PETALING JAYA – Jenama pakaian terkemuka tempatan, Bulan Bintang telah menghulurkan sumbangan kira-kira RM200,000 kepada golongan kurang berkemampuan.

Sumbangan menerusi Kempen Sinar Ramadan itu menyasarkan golongan seperti orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan, ibu tunggal, miskin luar bandar, pelajar dan anak yatim.

Pengasasnya, Azzim Zahid Azmi berkata, kempen tersebut adalah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihakanya untuk berkongsi rezeki kepada masyarakat.

“Ini pertama kali kami melakukan CSR secara besar-besar yang mana sebelum ini hanya memberi sumbangan wang ringgit dan ia dilakukan pihak lain. Namun, tahun ini berbeza kerana tema kami adalah ‘give back to society’ selain mengadakan cabutan bertuah sebagai menghargai pelanggan.

“Menerusi kempen Sinar Ramadan Bulan Bintang ini, kami belanjakan antara RM150,000 hingga RM200,000 termasuk pek bantuan makanan dan baju raya,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai cabutan bertuah bagi pembelian barangan Bulan Bintang tahun ini, Azzim berkata, lebih 70 peratus hadiah cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta sudah dimenangi termasuk kereta, motosikal dan pakej umrah.

Bagaimanapun katanya, beberapa pakej umrah sudah ditambah sebagai memenuhi impian pembeli bertuah.

“Pada mulanya kami hanya menyediakan lima pemenang untuk pakej umrah yang setiap pakej boleh membawa pasangan. Namun sambutan sangat menggalakkan dan perasaan dapat tunaikan umrah itu sesuatu yang sangat berharga, tidak sama seperti menang kereta.

“Disebabkan itu, kami tawarkan 10 pakej umrah untuk 20 orang akan berpeluang untuk tunaikan ibadah umrah. Harga bagi satu pakej ialah RM12,080 dan menjadikan jumlahnya RM241,600,” katanya.-KOSMO! ONLINEK

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI