fbpx

PTPTN umum dividen Simpan SSPN 3.60 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2023 adalah sebanyak 3.60 peratus.

Pemberian dividen itu melibatkan peruntukan berjumlah RM357.65 juta yang akan memberi manfaat kepada 6.25 juta akaun.

PTPTN dalam kenyataan berkata, itu menjadikan jumlah keseluruhan agihan dividen adalah RM1.69 billion sejak Simpan SSPN diperkenalkan pada tahun 2004.

“Dividen ini akan dimasukkan terus ke akaun Simpan SSPN dan pendeposit boleh membuat semakan penyata simpanan masing-masing melalui aplikasi myPTPTN mulai esok.

“Pengagihan dividen Simpan SSPN tahun 2023 telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir di Lobi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada hari ini,” katanya di sini hari ini.

Selain itu PTPTN berkata, pemberian dividen 3.60 peratus bagi tahun 2023 adalah lebih tinggi
berbanding agihan dividen sebanyak 3.05 peratus pada tahun 2022.

“Ini sekali gus menunjukkan kecekapan PTPTN dalam pengurusan dana simpanan dengan efektif
berlandaskan tadbir urus yang cemerlang, berintegriti dan strategik bagi memastikan
pulangan yang optimum diberikan kepada para pelanggan.

“Pemberian dividen yang lebih tinggi ini disokong oleh pulangan pelaburan yang positif dengan keuntungan pelaburan deposit bagi tahun 2023 adalah berjumlah RM446.22 juta,” ujarnya.

Katanya, peningkatan pemberian kadar dividen Simpan SSPN adalah bersesuaian dengan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate) Bank Negara Malaysia yang meningkat sebanyak 0.25 peratus pada tahun 2023.

“Selain itu, kadar dividen ini juga adalah kompetitif kerana lebih tinggi berbanding kadar keuntungan
akaun simpanan dan simpanan tetap di bank tempatan di antara 2.05 peratus sehingga
3.45 peratus,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI