fbpx

Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di institusi KPM martabat syiar Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seramai 120,489 murid beragama Islam telah menyertai aktiviti penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang diperluaskan di semua institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) bermula Sesi Persekolahan 2024/2025.

KPM dalam satu kenyataan berkata, program itu telah dilaksanakan di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA) selain 185 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Menengah dan 43 SABK Rendah.

Katanya, ia melibatkan seramai 12,673 guru dan 120,489 murid menerusi pelbagai aktiviti yang dirancang.

“Inisiatif diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu melibatkan guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan KPM yang beragama Islam.

“Ia termasuklah pelajar sekolah, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kolej Vokasional dan Kolej Matrikulasi,” katanya hari ini.

KPM berkata, inisiatif itu adalah cerminan komitmen besar pihaknya untuk memartabatkan syiar Islam dan melahirkan modal insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia.

Inisiatif Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi juga tersenarai dalam Pembangunan Pelan Strategik KPM Bagi Tempoh 2024-2030. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI