fbpx

Op Selamat 22 menjelang Aidilfitri bermula Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Pelancaran Maya Op Selamat 22 sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 di Facebook PDRM.

KUALA LUMPUR -Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan Op Selamat 22 bagi memastikan kelancaran trafik serta penekanan pada pencegahan jenayah pecah rumah menjelang Aidilfitri.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, Op Selamat akan dilaksanakan bermula 8 hingga 13 April akan memastikan masyarakat dapat menikmati sambuta perayaan Aidilfitri dengan rasa selamat.

Menurutnya, Op Selamat yang dilaksanakan selama tujuh hari ini bertemakan ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’.

“PDRM dengan penuh rasa bertanggungjawab dan memikul amanat dalam memastikan masyarakat dapat menikmati sambutan perayaan Aidilfitri dengan rasa selamat dan sejahtera.

“Kepada yang merancang pulang ke kampung halaman ataupun bercuti semasa tempoh perayaan ini, saya menasihatkan agar rancanglah perjalanan anda serta tanamkan sifat penyabar dan berhemah ketika menyusur kenderaan anda di jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Pelancaran Maya Op Selamat 22 sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 di Facebook PDRM.

Tambah Razarudin, kebersamaan masyarakat bersama PDRM amat ditagih dalam memastikan kempen Op Selamat pada tahun ini mencapai sasaran.

“Semoga kita semua dapat meraikan perayaan ini dengan penuh bermakna bersama insan yang tersayang.

“Sayangi diri dan keluarga anda, serta jauhi kemalangan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI