fbpx

Liga M5 kini dianjurkan di Melaka dan Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Liga M5 kini telah berkembang di beberapa negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Perlis, Kelantan dan Melaka.

KUALA LUMPUR – Saingan bola sepak amatur kebangsaan semakin rancak selepas Liga M5 2024 yang akan diperkenal secara rasmi di Negeri Sembilan dan Melaka bermula Mei depan.

Presdien Persatuan Bola Sepak Melayu Melaka, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali mengesahkan penganjuran Liga M5 di bawah dua negeri itu telah mendapat ‘lampu hijau’ daripada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) iaitu Liga Bola Sepak Amatur (AFL).

Kata Mohd Ridhwan, liga itu dijalankan bagi membuka peluang buat pemain-pemain bola sepak tempatan di peringkat akar umbi lagi untuk mengasah bakat dan kemahiran sedia ada.

“Kita akan lihat tahap sambutan Liga M5 untuk musim ini, jika ia berjalan dengan baik maka kita akan teruskan kerjasama ini.

“Apa yang penting, kita ketengahkan bakat-bakat muda dari dua negeri ini supaya orang luar boleh menilai dan melihat potensi mereka.

“Selain itu, kita sasarkan 32 pasukan yang akan menyertai Liga M5 ini dengan hadiah keseluruhan sebanyak RM23,000 (untuk pasukan pemenang),” katanya kepada pemberita.

Mohd Ridhwan ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Super Football League dan PBSMM yang berlangsung di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi AFL, Datuk Mohd. Yusuff Mahadi gembira dengan usaha yang dipamerkan oleh pihak Super Football League dan PBSMM untuk memeriahkan lagi industri bola sepak tempatan.

“Kita memang menggalakkan bola sepak negeri dapat menganjurkan liga seperti ini dan membuka peluang juga kepada penganjur-penganjur persendirian supaya mendaftarkan kepada AFL.

“Setakat ini, Liga M5 telah dijalankan dengan begitu rancak di negeri-negeri seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Perlis, Kelantan, Melaka dan akan datang mungkin di Terengganu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI