fbpx

Lelaki merokok ketika tuang petrol cetus kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANA mencetuskan kebakaran di rumahya sendiri di Nong Prue, Bang Lamung, Chon Buri kelmarin. - Foto Pattaya News

BANGKOK –  Seorang lelaki secara tidak sengaja mencetuskan kebakaran besar dengan merokok semasa dia mengisi botol petrol di rumahnya di Nong Prue, wilayah  Chon Buri kelmarin, lapor portal berita Thaiger.

Kebakaran besar itu mengakibatkan dia turut mengalami kecederaan.

Ketika tiga jentera bomba bergegas ke tempat kejadian, orang ramai berkumpul di sekeliling rumah kedai yang terbakar itu.

Anggota-anggota bomba mengambil masa 30 minit dan turut menggunakan meriam air untuk memadamkan api yang marak. 

Mangsa yang dikenali sebagai Mana, 40, melecur di kedua-dua belah lengannya kerana disambar api ketika dia mengisi petrol ke dalam botol sambil menghisap rokok. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI