fbpx

Laluan keluar LTU Raub Bypass mula sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESESAKAN yang mula berlaku di laluan keluar LTU Raub Bypass di Raub.

RAUB – Laluan Lebuh raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) mula dipenuhi kenderaan apabila orang ramai mula pulang ke kampung hari ini.

Berdasarkan tinjauan mendapati laluan daripada Bentong Bypass sehingga ke Raub berjalan lancar dan tidak berlaku kesesakan luar biasa.

Bagaimanapun kesesakan kira-kira tiga kilometer dilihat mula berlaku di laluan keluar LTU Raub Bypass.

KESESAKAN yang mula berlaku di laluan keluar LTU Raub Bypass di Raub.Laluan keluar berkenaan dikawal oleh polis trafik bagi memastikan tiada kesesakan luar biasa.

Sementara itu Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihak polis menjangkakan kira-kira 2.3 juta kenderaan memasuki Pahang hari ini.

Katanya, kenderaan dijangka mula masuk ke negeri ini dengan jangkaan waktu kesesakan puncak esok dan lusa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI