fbpx

Isu stoking kalimah Allah: Dr. Akmal Salleh disiasat kerana menghasut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PDRM terima dua laporan polis berhubung ucapan dan tindakan Dr. Muhamad Akmal berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah 'Allah'.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima dua laporan polis berhubung ucapan dan tindakan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

“Siasatan telah dijalankan ke atas beliau dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara setelah kesemua tindakan melengkapkan siasatan diambil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, orang ramai dinasihatkan agar tidak membangkitkan isu berkaitan stoking tertera kalimah Allah lagi pada masa akan datang.

“Ia memandangkan mereka yang terlibat telah dituduh dan proses keadilan akan ditentukan oleh mahkamah,” katanya.

Terdahulu, Akmal dilaporkan lantang bersuara mengenai kontroversi stoking dengan kalimah Allah yang didapati dijual di kedai serbaneka KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart).

Beliau turut menggerakan boikot terhadap KK Super Mart sekiranya tidak memasang kain rentang di semua 881 cawangan kedai serbaneka itu di seluruh negara bagi memohon maaf atas insiden itu.

13 Mac lalu, tular di media sosial stoking tertera kalimah ‘Allah’ dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

16 Mac, KK Super Mart dilaporkan memohon maaf berhubung penjualan stoking yang tertera kalimah ‘Allah’, di beberapa cawangan kedai serbaneka itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI