fbpx

28 penghuni tinggal sehelai sepinggan, rumah hangus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam daripada 105 pintu rumah panjang di Kampung Long Belok, Apoh, Baram musnah dalam kebakaran malam tadi.

BARAM – Seramai 28 penghuni daripada lapan keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang didiami mereka di Kampung Long Belok, Apoh di sini ranap dalam kebakaran malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 7.55 malam dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi ke lokasi.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal, kebakaran berlaku pada pukul 3 petang dan setiba pasukan BBP Marudi ke lokasi mendapati enam daripada 105 pintu rumah panjang terbabit telah musnah terbakar.

“Tindakan operasi pemadaman tidak dilakukan kerana kebakaran telah padam sepenuhnya.

“Pihak bomba hanya mengambil maklumat mangsa kejadian menjalankan siasatan di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata kesukaran dialami pasukan bomba adalah jarak perjalanan agak jauh ke tempat kejadian yang menggunakan jalan balak dengan beberapa kawasan agak licin kerana hujan.

Selain itu, katanya tiada litupan telekomunikasi di tempat kejadian.

Katanya, kesemua mangsa yang terdiri daripada 13 lelaki dewasa, lapan wanita dewasa, tiga kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan adalah selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI